Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: 26 September 2026
Dengan membuat pesanan di laman ini, anda bersetuju dengan terma berikut. Sila baca dengan teliti.
1. Perkhidmatan
Kaki Klik (kakiklik.com) dikendalikan oleh Max Baginda Trading (SSM: 201903003992 (002922418-U)), Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, 32800 Parit, Perak. Kaki Klik menyediakan perkhidmatan promosi link: link yang diberikan oleh pelanggan dipromosikan kepada audiens media sosial kami sehingga mencapai jumlah klik (lawatan) yang dipesan dan dibayar. Pelawat memilih sendiri untuk klik link tersebut.
2. Tiada conversion
Klik yang dihantar adalah lawatan ke link anda sahaja. Kami tidak menjamin dan tidak akan menghasilkan sebarang conversion, termasuk tetapi tidak terhad kepada jualan, pendaftaran, pengisian borang, muat turun, langganan, komen, "like", atau apa-apa tindakan lain oleh pelawat. Pelanggan mengakui perkara ini sebelum membuat bayaran.
3. Harga dan bayaran
- Harga semasa ialah RM0.01 / 2 klik dan dipaparkan dengan jelas sebelum bayaran.
- Pesanan minimum ialah 200 klik.
- Slot klik adalah terhad. Jumlah maksimum yang boleh dipesan pada sesuatu masa ialah jumlah yang dipaparkan dalam borang pesanan.
- Bayaran dibuat melalui gerbang pembayaran ToyyibPay (FPX). Kami tidak menyimpan maklumat perbankan anda.
- Pesanan hanya diterima setelah bayaran disahkan.
4. Pelaksanaan dan makluman
Pesanan dilaksanakan mengikut urutan masa bayaran disahkan (siapa dahulu, dia dahulu). Kami tidak menjamin masa mula atau tempoh siap yang tertentu.
Setelah pesanan anda selesai, kami akan memaklumkan anda melalui email atau WhatsApp yang anda berikan. Pastikan maklumat hubungan anda tepat.
5. Link yang tidak dibenarkan
Anda tidak boleh menghantar link yang:
- mengandungi iklan bayar-per-klik atau bayar-per-paparan (contohnya Google AdSense) atau program afiliasi yang melarang trafik berbayar;
- mengandungi kandungan haram, lucah, perjudian, penipuan (phishing/scam) atau perisian hasad;
- melanggar hak cipta, hak orang lain, atau undang-undang Malaysia;
- bukan milik anda atau anda tidak mempunyai kebenaran untuk mempromosikannya.
Kami berhak menolak atau membatalkan pesanan yang melanggar syarat ini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas link yang anda hantar serta mematuhi terma platform pihak ketiga (contohnya rangkaian iklan atau media sosial).
6. Bayaran balik
Butiran penuh ada dalam Polisi Bayaran Balik.
- Jika kami tidak dapat melaksanakan pesanan anda (contohnya link ditolak di bawah Seksyen 5 sebelum dilaksanakan, atau atas sebab dari pihak kami), bayaran akan dikembalikan sepenuhnya.
- Pesanan yang telah dilaksanakan tidak boleh dibatalkan atau dikembalikan.
- Ketiadaan conversion bukan alasan untuk bayaran balik, kerana perkara ini dinyatakan dengan jelas sebelum bayaran.
- Permohonan bayaran balik boleh dibuat melalui email atau WhatsApp dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran. Bayaran balik diproses ke akaun bank anda dalam tempoh 7–14 hari bekerja.
7. Had tanggungan
Tanggungan maksimum kami bagi sebarang pesanan adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk pesanan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, termasuk tindakan yang diambil oleh platform pihak ketiga terhadap akaun anda.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Terma yang berkuat kuasa ialah terma yang dipaparkan semasa anda membuat pesanan.
9. Hubungi kami
Max Baginda Trading (SSM: 201903003992 (002922418-U))
Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, 32800 Parit, Perak
Email: admin@maxbagindatrading.com
WhatsApp: +60 13-509 3571