Dasar Privasi
Dikemas kini: 30 September 2026
Dasar ini menerangkan bagaimana Kaki Klik, yang dikendalikan oleh Max Baginda Trading (SSM: 201903003992 (002922418-U)), mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Maklumat yang kami kumpul
- Nama, alamat email dan nombor WhatsApp anda;
- Link dan jumlah klik yang anda pesan;
- Rekod transaksi (no. rujukan, jumlah dan status bayaran). Maklumat perbankan anda diproses oleh ToyyibPay dan tidak disimpan oleh kami;
- Mesej yang anda hantar melalui borang Hubungi Kami, bersama alamat IP untuk tujuan pencegahan spam.
2. Tujuan penggunaan
- Memproses dan melaksanakan pesanan anda;
- Menghubungi anda berkaitan pesanan melalui email atau WhatsApp;
- Membalas pertanyaan yang anda hantar melalui borang Hubungi Kami;
- Menyimpan rekod perakaunan dan mengendalikan pertanyaan atau bayaran balik.
Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, dan tidak menghantar bahan pemasaran tanpa kebenaran anda.
3. Pihak ketiga
Maklumat anda dikongsi hanya setakat yang perlu dengan penyedia perkhidmatan kami: ToyyibPay (pemprosesan bayaran), Vercel (pengehosan laman web), Cloudflare (pangkalan data, perlindungan keselamatan dan analitik trafik) dan Google (analitik trafik).
3a. Cookie dan analitik
Kami menggunakan Google Analytics dan Cloudflare Web Analytics untuk memahami cara pelawat menggunakan laman ini, contohnya halaman yang dilawati, sumber trafik, jenis peranti dan sama ada pesanan berjaya dibuat. Google Analytics menggunakan cookie untuk tujuan ini; Cloudflare Web Analytics tidak menggunakan cookie. Data ini digunakan dalam bentuk agregat untuk menambah baik perkhidmatan kami dan tidak digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi.
Anda boleh menyekat atau memadam cookie melalui tetapan pelayar anda, atau memasang Google Analytics Opt-out Add-on. Laman ini akan terus berfungsi seperti biasa.
4. Penyimpanan dan keselamatan
Maklumat disimpan dengan selamat dan diakses hanya oleh pihak yang diberi kuasa. Rekod pesanan disimpan selama tempoh yang diperlukan untuk tujuan perakaunan dan undang-undang.
5. Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami.
6. Hubungi kami
Max Baginda Trading (SSM: 201903003992 (002922418-U))
Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, 32800 Parit, Perak
Email: admin@maxbagindatrading.com
WhatsApp: +60 13-509 3571